Saturday, November 8, 2008

Pameran 45 Tahun Sarawak Maju dalam Malaysia

Minum di kedai Ah Kee Kim..
Oleh kerana tak tahu apa nak dibuat, saya serta abang dan adik perempuan saya bercadang melihat pameran yang sedang berlangsung di Pejabat Resident Betong sempena '45 Tahun Sarawak Maju dalam Malaysia'. Kebetulan abang saya Nyuwynn a.k.a Bujang Astana bekerja kat situ jadi hilanglah sikit rasa segan hehehe.. Dia telah menjadi jurugambar kami pada hari tersebut hehe.. Adik saya, Wednes bukan main lagi happy sebab kebetulan hari tersebut tidak ramai pengunjung yang datang, maka saya dan dia mengambil kesempatan bergambar sepuas-puas hati hehee...

Basikal tua.. teringat dengan lagu Sudirman.. Pameran tersebut menunjukkan kehidupan masyarakat Sarawak selepas bergabung dalam Malaysia.

Mengajar... saya sempat merasai mengajar kanak-kanak zaman 60-an yang begitu asyik belajar.. tengoklah baju seragam mereka.. hehehe.. saya sendiri menggunakan seluar pendek dan T-shirt tanpa kolar!

Cantik topi..

"Belapa halga ini Moi? Kasi murah ha.."

"Maka dengan ini saya istiharkan...."

Kayuh...jangan tak kayuh....

Bersantai sambil dihiburkan oleh pemain biola..

Damainya..

Mencuba kuiz yang disediakan..

"Alamak.. mana nak letak Kapit ni?"

"Emmm...macam pernah ku lihat..tapi dimana ia?"

Kita serupa...

Bersama-sama kanak-kanak ribena..

Sempat pula duduk berborak dengan Pak Haji yang lepak kat taman...

Kanak-kanak Sarawak..

Seronoknya!

Wednesday, October 29, 2008

Syoknya Raya!

Bersama Cikgu Edrin Faisal.
Sempena hari raya yang lepas, sekolah SMK Pusa mengadakan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri dari kelas ke kelas. Ini merupakan hari raya yang terbaik pernah saya alami semenjak 1997. Kalau masa sekolah dulu, saya selalu menziarah rumah rakan-rakan yang beragama Islam untuk bersama-sama mereka berhari raya. Namun, setelah itu saya jarang berpeluang berbuat demikian kerana rasa segan pula.. dah besarlah katakan hehehe.. Apabila sekolah SMK Pusa membuat Majlis seumpama ini, saya tidak ketinggalan bergembira walaupun ia berbeza dari dulu. Ini adalah sebahagian kenangan bersama rakan sekerja dan pelajar-pelajar saya..
Cikgu Razuna.
Ustaz Lokman Abdullah.
Pelajar saya dari kelas 5A.. Mohd. Tarmizi
Haslinda Mohd. Zamhari dari kelas 2A
Gambar kenang-kenangan bersama pelajar 5C.
Bersama Dr. Norisah dan pelajar 4A.
Pelajar saya yang nakal..
Inilah gelagat pelajar 4A ketika di minta beraksi..
Bersama Mohd. Nasharuddin dan Mohd. Azrin
Sharifah Ira Ratna dan Nazliah
Izzul Mustanir dan Rizuan
Khairunnisa Sulaiman dan Mohd. Nazirul Mohd. Zamhari
Mohd. Faizal dan Izzul Mustanir
Saat gembira..
Selamat Hari Raya..
Bersama Miss Hong Kong.. Goh Sheak Lie, Connie Kho dan Eillen
4A.. sentiasa dihatiku..
Bersama Nur Shafiah
Norzila, Salasiah dan Nur Izzati
Bersama Dayang Adibah

Maaf zahir dan batin..

Sunday, October 26, 2008

Happy Birthday to Juju..

Semalam (25 Okt 2008) setelah balik dari sekolah, saya terus merancang dengan adik saya untuk membuat sambutan harijadi Juju (Adik saya yang paling bongsu). Sepatutnya harijadi Juju adalah hari ini (26 Okt 2008) tetapi disebabkan abang saya hari ini tidak ada maka terpaksalah diawalkan sehari. Kami bercadang buat secara kecil-kecilan sahaja memandangkan ini hanyalah ulang tahun ke-7 dia.. Semasa ingin membeli kek berlaku sedikit perselisihan pendapat kerana Juju ingin membeli kek yang ada patung mainan di atas kek, tetapi disebabkan kek itu adalah kek icing maka saya tak bersetuju, saya suruh dia pilih kek yang diperbuat daripada 'fresh cream' tetapi disebabkan tiada patung dia tak mahu.. akhirnya kami balik dengan membeli dua biji kek dan ekstra satu lagi yang kecil.. (Moral daripada kejadian ini, lain kali saya tak mahu membawa Juju untuk memilih kek untuk tahun hadapan hehehe..)
Selamat Hari jadi Juveena Anova @ Juju.. kadang-kala kami memanggilnya Boji, Joebejot, Moi moi, Poi poi.. tetapi dalam kelas dia dikenali sebagai Innova oleh rakan sekelasnya.
Adik saya ni seorang yang sangat nakal walaupun masih darjah 1.. hobinya adalah menyelerakkan dan menghuru-harakan rumah dengan membuang semua lukisannya di merata-rata tempat..
Kawan dia pernah beritahu dia bahawa jika dinding rumah tidak diconteng maka 'hantu' akan suka masuk rumah maka setelah dia balik dari sekolah mulalah dia menjalankan operasi menconteng dinding sehingga kami terpaksa mengecat dinding berkali-kali gara-gara pemikiran kanak-kanak yang terpengaruh dengan cerita hantu..
Kadang-kala rimas juga melayan kerenah kanak-kanak ribena ini.. banyak persoalan yang tak masuk akal..
Namun, disebabkan dia juga rumah menjadi ceria gara-gara menonton cerita indon setiap masa..
Luv you Juju..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin