Thursday, January 29, 2009

Rumah panjang, syurgaku..

Lama sungguh rasanya baru nak upload gambar dalam blog ni.. sebenarnya gambar ni dah lama di upload cuma tak di 'publish' kan saja.. Inilah keadaan rumah panjang saya yang terkini.. hehe mesti ada yang tak pernah tengok rumah panjang kan? Ini merupakan 'rangka' rumah panjang saya, sebenarnya rumah panjang kami masih dalam pembinaan. Rumah panajang yang lama telah dirobohkan bagi mengantikan yang baru. Rumah panjang saya yang lama telah didirikan pada awal tahun 1960-an menggunakan kayu sepenuhnya. Disebabkan usianya yang semakin tua maka seluruh penduduk rumah panjang bersetuju agar rumah panjang yang baru didirikan dengan menggunakan konkrit sepenuhnya. Ala-ala rumah teres hehe..





Nama rumah panjang saya adalah 'Rumah panjang Bebuling Atas' atau disebut 'Rumah panjai Bebuling atas'.. Terletak dalam daerah Spaoh di dalam Bahagian Betong. Mempunyai lebih daripada 35 buah keluarga tinggal dibawah satu bumbung.

Pernah sekali kawan saya Chong Yoke Peng, orang Perak ingin melihat rumah panjang sebelum dia pindah ke semenanjung malangnya rumah panjang saya telah diroboh pada tahun 2006, saya kata rumah panjang tersebut telah dijadikan 'dampa' atau sebutannya "dam-pok" bermaksud rumah panjang sementara. Ia masih menyerupai rumah panjang cuma saiznya telah dikecilkan dan dijadikan tempat tinggal sementara sehinggalah rumah panjang yang sebenar siap dibina. Dia kata tak mengapa asalkan rumah panjang!
Entah bila rumah panjang ini akan terbina sepenuhnya.. ada banyak kekangan dalam pembinaan ini termasuklah hujan yang selalu turun menyebabkan keadaan kurang selesa untuk kerja-kerja pembinaan. Tambahan pula kini harga bahan mentah seperti simen, batu-bata, besi dan macam-macam lagi terlalu tinggi harganya menyebabkan kos pembinaan turut meningkat. Tetapi saya berharap agar rumah panjang kami akan berdiri megah secepat mungkin.





Kat belakang tu merupakan 'dampa' yang saya ceritakan tadi..

Jalan ke Rumah Panjang Bebuling Atas,Spaoh.

Semalam saya balik sekejap ke rumah panjang untuk menjenguk datuk dan nenek. Sebenarnya ayah dan ibu saya yang ajak.. mulanya saya keberatan nak pegi sebab jalan ke rumah panjang rosak teruk disebabkan hujan yang turun tak berhenti-henti. Jalan ke rumah panjang saya taklah mengambil masa yang lama cuma 20-30 minit sahaja itupun disebabkan jalan raya tak berturap. Kalaulah ia berturap, mungkin 10 minit sahaja dah boleh sampai. Jalan tu di bina pada pertengahan tahun 80-an lagi dan sehingga kini rasanya jalan tersebut akan terus berwarna merah sampailah 2020 nanti.
Kesiannya, ramai orang tak boleh keluar ke pekan gara-gara jalan yang rosak.. ada juga yang dah melaporkan keadaan jalan tersebut, harap-harap ia akan kembali ke keadaan asal dan andai berlaku keajaiban.. mungkin ia akan berturap (dalam mimpi indahku sahaja..)

Thursday, January 1, 2009

A new day.. A new year.. Happy New Year 2009!

Happy New Year 2009!
"Saya ingin mengucapkan selamat menyambut tahun 2009, semoga tahun ini akan memberikan kita pengertian baru dalam hidup.. Inilah saatnya kita meraikan sekali lagi kejayaan serta meraih lebih banyak lagi peluang dalam hidup kita.. Tanyalah pada diri kita apakah yang kita mahukan dalam hidup ini? Sekiranya kita mahukan kegembiraan.. maka kegembiraanlah yang akan kita perolehi, jika kita mahukan lebih kejayaan dalam hidup, maka kejayaanlah yang bakal muncul dalam hidup kita dan jika kita mahukan perubahan positif dalam hidup kita.. maka kita perlu berubah agar apa yang kita inginkan akan kita kecapi.. percaya pada diri sendiri dan sayangi diri kita sendiri merupakan kunci kejayaan dalam hidup.. dan yang paling penting selalu ceria setiap hari..

..selamat nyambut taun baru 2009 ngagai semua urang ti nemuai dalam blog aku tu.. arap ka taun baru tu mai berkat ngagai kita serta gerai nyamai mujur dalam semua pekara.. "

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin