Wednesday, October 29, 2008

Syoknya Raya!

Bersama Cikgu Edrin Faisal.
Sempena hari raya yang lepas, sekolah SMK Pusa mengadakan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri dari kelas ke kelas. Ini merupakan hari raya yang terbaik pernah saya alami semenjak 1997. Kalau masa sekolah dulu, saya selalu menziarah rumah rakan-rakan yang beragama Islam untuk bersama-sama mereka berhari raya. Namun, setelah itu saya jarang berpeluang berbuat demikian kerana rasa segan pula.. dah besarlah katakan hehehe.. Apabila sekolah SMK Pusa membuat Majlis seumpama ini, saya tidak ketinggalan bergembira walaupun ia berbeza dari dulu. Ini adalah sebahagian kenangan bersama rakan sekerja dan pelajar-pelajar saya..
Cikgu Razuna.
Ustaz Lokman Abdullah.
Pelajar saya dari kelas 5A.. Mohd. Tarmizi
Haslinda Mohd. Zamhari dari kelas 2A
Gambar kenang-kenangan bersama pelajar 5C.
Bersama Dr. Norisah dan pelajar 4A.
Pelajar saya yang nakal..
Inilah gelagat pelajar 4A ketika di minta beraksi..
Bersama Mohd. Nasharuddin dan Mohd. Azrin
Sharifah Ira Ratna dan Nazliah
Izzul Mustanir dan Rizuan
Khairunnisa Sulaiman dan Mohd. Nazirul Mohd. Zamhari
Mohd. Faizal dan Izzul Mustanir
Saat gembira..
Selamat Hari Raya..
Bersama Miss Hong Kong.. Goh Sheak Lie, Connie Kho dan Eillen
4A.. sentiasa dihatiku..
Bersama Nur Shafiah
Norzila, Salasiah dan Nur Izzati
Bersama Dayang Adibah

Maaf zahir dan batin..

Sunday, October 26, 2008

Happy Birthday to Juju..

Semalam (25 Okt 2008) setelah balik dari sekolah, saya terus merancang dengan adik saya untuk membuat sambutan harijadi Juju (Adik saya yang paling bongsu). Sepatutnya harijadi Juju adalah hari ini (26 Okt 2008) tetapi disebabkan abang saya hari ini tidak ada maka terpaksalah diawalkan sehari. Kami bercadang buat secara kecil-kecilan sahaja memandangkan ini hanyalah ulang tahun ke-7 dia.. Semasa ingin membeli kek berlaku sedikit perselisihan pendapat kerana Juju ingin membeli kek yang ada patung mainan di atas kek, tetapi disebabkan kek itu adalah kek icing maka saya tak bersetuju, saya suruh dia pilih kek yang diperbuat daripada 'fresh cream' tetapi disebabkan tiada patung dia tak mahu.. akhirnya kami balik dengan membeli dua biji kek dan ekstra satu lagi yang kecil.. (Moral daripada kejadian ini, lain kali saya tak mahu membawa Juju untuk memilih kek untuk tahun hadapan hehehe..)
Selamat Hari jadi Juveena Anova @ Juju.. kadang-kala kami memanggilnya Boji, Joebejot, Moi moi, Poi poi.. tetapi dalam kelas dia dikenali sebagai Innova oleh rakan sekelasnya.
Adik saya ni seorang yang sangat nakal walaupun masih darjah 1.. hobinya adalah menyelerakkan dan menghuru-harakan rumah dengan membuang semua lukisannya di merata-rata tempat..
Kawan dia pernah beritahu dia bahawa jika dinding rumah tidak diconteng maka 'hantu' akan suka masuk rumah maka setelah dia balik dari sekolah mulalah dia menjalankan operasi menconteng dinding sehingga kami terpaksa mengecat dinding berkali-kali gara-gara pemikiran kanak-kanak yang terpengaruh dengan cerita hantu..
Kadang-kala rimas juga melayan kerenah kanak-kanak ribena ini.. banyak persoalan yang tak masuk akal..
Namun, disebabkan dia juga rumah menjadi ceria gara-gara menonton cerita indon setiap masa..
Luv you Juju..

Tuesday, October 14, 2008

Mencari ketenangan di SK St. Mark, Batu Genting Betong.

Dekat tapi jauh. Itulah yang saya boleh gambarkan tentang SK St. Mark, Batu Genting, Betong. Dekat saja, masih di Bahagian Betong dan kurang 1 jam dari rumah saya.. agak-agaknya kalau tak pun lebih kurang 45 minit sahaja. Jauh kerana ia satu perjalanan yang penuh cabaran dan memerlukan stamina yang kuat. Saya kebetulan pergi ke Sekolah ini semasa cuti bulan ogos yang lalu kerana menemani adik saya yang menjadi guru sandaran di sini. Pada cuti bulan ogos, semua pelajar tahun 6 yang menduduki UPSR akan diberi kelas tambahan dimana setiap hari akan ada seorang guru yang bertugas untuk mengajar dan giliran adik saya adalah pada hari Jumaat. Kalau sebelum ini, dia menumpang rakan gurunya untuk pergi ke sekolah tersebut tetapi kali ini saya yang terpaksa menghantarnya. Sebelum ini saya tidak pernah tahu akan kewujudan sekolah ini yang mempunyai status SKM (Sekolah Kurang murid) dan merupakan sekolah pendalaman 1 yang mana mereka mendapat elaun RM500 disebabkan faktor tiada bekalan air dan jalan yang sempurna.
Seawal jam 6.45am, saya dan adik saya bertolak dari rumah. Kami mesti sampai disana sebelum jam 8 pagi. Awal-awal pagi lagi kami menyediakan bekal untuk makan tengahari.. walaupun adik saya memberitahu bahawa sekolah ada menyediakan makan tengahari untuk mereka dan memandangkan saya agak 'pemalu' orangnya hehehe.. kami sediakan saja bekal hehehe... Mulanya saya agak memandang rendah perjalanan ke sana, tak mungkin 'sesusah' sampai boleh mengancam keselamatan..itulah yang saya fikirkan pada mulanya. Namun, dalam perjalanan tersebut saya dapat rasakan perjalanan ini bukanlah perjalanan yang 'menyeronokkan' kerana setiap masa kami hanya mendaki bukit yang tinggi.. dalam fikiran saya, bila lagi nak sampai ni? Muzik nyanyian Colbie Cailat - Bubbly langsung tidak dapat mententeramkan jiwa resah.. Saya paling tak suka memandu.. kalau boleh saya hanya menjadi penumpang saja.
Dalam pertengahan perjalanan tersebut, jalan yang satu-satunya untuk sampai ke sekolah tersebut masih dalam proses pembinaan. Kebetulan sekarang hujan selalu turun maka jalan berlumpur dan licin. Banyak lencongan yang saya kira agak berbahaya terpaksa diredah. Kalau tersilap hari bulan boleh jatuh dalam gaung dan bak kata Mariah Carey.. 'Bye..bye..'. Setiap saat melalui jalan tersebut bagaikan berjalan diatas titi yang reput..bila-bila masa saja boleh jatuh ke bawah. Perkara yang saya tak dapat saya lupakan adalah apabila tiba-tiba kereta saya mati enjin dipertengahan jalan mendaki bukit yang agak tinggi. Bayangkan jalannya yang teruk dan lori besar dihadapan kereta saya dan dibelakang saya pula kereta pacuan empat roda.. membuatkan saya panik seketika.. Mulanya saya guna gear 3 tetapi tak dapat mendaki bukit tersebut.. Saya cuba bertenang dan akhirnya bila dihidupkan semula akhirnya selamat...


Ingatkan dah berakhir segala kesengsaraan.. saya tak dapat bayangkan bagaimana guru-guru yang mengajar di sini dapat bertahan.. setiap hari.. kalau saya mungkin sudah berputus asa.. Adik saya kata dah sampai. Saya tanya balik, "Dah sampai?" Dalam hati saya, mana sekolahnya? Alamak.. untuk sampai ke sekolah tersebut, kena jalan 30 minit lagi. Jam dah pukul 7.30 pagi.. sempat ke sampai? Adik saya cuma tersenyum.

Kereta saya di 'parking' di bahu jalan. Betul-betul ditengah bukit hehehe.. yang saya nampak hanya hutan sahaja di sekeliling.. sekolahnya masih belum kelihatan. Kami kena memulakan perjalanan yang berbukit-bukit untuk sampai ke sana. Belum apa-apa lagi saya sudah kepenatan. Beg dan bekal saya bawa. Saya bawa sekali kertas ujian pelajar, yalah.. sambil menunggu bolehlah saya menyemak kertas peperiksaan. Berat juga beg saya, menyesal pun ada bila melihat keadaan jalan. Kalau awal-awal lagi saya mendengar kata-kata adik saya, mungkin saya tinggalkan saja dalam kereta.
Kami terpaksa melalui kebun getah penduduk kampung di situ. Majoriti penduduk kampung di sini adalah orang Iban dan kebanyakkan rumah panjang di sini terletak dibahu jalan dan ada juga langsung tak kelihatan (Dalam hutan). Saya bukannya tak biasa jalan ke hutan (Masa kecik-kecik dulu selalu juga ikut ayah saya pergi kebun..tapi itu dulu..) Setelah bekerja saya jarang pergi ke hutan apatah lagi kebun hehehe.. Maka, saya terpaksa meredah hutan ini untuk sampai ke sekolah. Saya berhenti sekali sekala apabila penat sambil mengambil gambar persekitaran. Adik saya selamba saja, saya yang tercungap-cungap kepenatan.
Tiba-tiba, ketika menuruni bukit yang licin.. saya jatuh tergolek-golek macam bebola salji sehingga semua bekal yang saya bawa jatuh.. nasib baik tak tersembur keluar.. hehehe.. Nasib baik juga kaki 'emas' saya tak terseliuh kalau tidak.. saya terpaksa berkhemah kat dalam hutan ini menunggu untuk diselamatkan hehehe... tapi kaki saya rasa sakit sikit terutama betis dan pergelangan kaki...
Sepanjang perjalanan itu saya tak mahu merungut sepatah pun kerana saya tidak mahu semangat adik saya untuk mengajar di sini pudar.. walaupun dia cuma menjadi guru sandaran sahaja. Kami meredah dua jambatan.. satu jambatan gantung satu jambatan biasa..
Sepanjang perjalanan saya terfikir juga kehadiran si 'Snakie' dan binatang buas yang lain. Manalah tau tiba-tiba dia nak join.. Menurut adik saya memang ada guru kat sini yang terserempak dengan ular berbisa tetapi 'pak belang' setakat ni tak pernah hehehe... Setelah naik bukit turun bukit (entah berapa bukit, saya pun tak kira... kalau hari-hari saya macam ni memang slim jadinya hahaha..). Dan.. akhirnya.. barulah nampak kawasan padang dan pintu gerbang yang mengalu-alukan kedatangan kami... seronoknya! "SELAMAT DATANG KE ST. MARK" begitulah tertera pada pintu gerbang. Setelah meredah padang dan akhirnya sampai di bilik guru, jam menunjukkan 7.55 pagi... sempat... semasa kami datang tadi, beberapa pelajar perempuan menyerbu adik saya sambil menjerit memanggil "Cikgu! Cikgu! Kenapa tak datang hari selasa yang lepas?" Sepatutnya, adik saya bertugas hari selasa tetapi oleh sebab ada cikgu lain yang mempunyai urusan pada hari Jumaat maka mereka bertukar masa mengajar.
Saya mula merayau-rayau di sekitar kawasan sekolah. PPM dan tukang masak sekolah nampaknya sedang sibuk dengan tugas mereka, maka saya tak nak mengganggu kerja mereka jadi saya pun masuk semula ke bilik guru. Adik saya mula mengajar. Sunyi... terasa begitu damai sehingga saya lupa kepenatan untuk sampai ke sini.
Jam 12 tengahari mereka berhenti rehat untuk makan tengahari. Kemudian, budak-budak tersebut mengajak adik saya untuk mandi di jeram yang tidak begitu jauh dari sekolah. Kelihatan mereka malu-malu apabila melihat saya.. tetapi ada juga yang berani dan bertanya banyak soalan. Terdapat 10 orang sahaja pelajar tahun 6 di sini dan mereka akan menduduki UPSR seminggu selepas cuti berakhir.. dan keciannya mereka terpaksa belajar sewaktu orang lain bercuti. Terdetik juga di dalam hati saya apabila melihat mereka, masih terlalu muda untuk hidup berdikari. Namun, mereka suka belajar.. saya berharap agar mereka akan terus belajar sehingga masuk Universiti.
Kanak-kanak ini semuanya pandai berenang. Mereka langsung tidak takut terjun ke dalam sungai dan bermain. Alangkah seronoknya menjadi seperti mereka. Bermain, belajar dan menikmati hidup penuh dengan kegembiraan.
Walaupun mereka rata-rata pemalu, tetapi apabila melihat kamera digital lantas mereka mula merapati saya. Ada yang masih malu-malu tetapi apabila diminta bergambar, mereka tetap sudi.
Sesi kedua bermula pukul 1:30 petang, mereka terus menukar pakaian dan bersiap. Saya di bilik guru sedang kesakitan. Kaki saya mula rasa kejang dan lebam. Namun selera makan saya tetap bagus, apalagi saya makan bekal yang disediakan pagi tadi sehinggalah iba-tiba PPM (Pembantu Pengurusan Murid.. kalau tak salah saya) Puan Liza dan Cik January datang. Saya terus berhenti makan. Namun mereka tidak ambil peduli pun, Liza dan January terus berbual, begitu rancak sekali sehingga saya rasa mereka tak menyedari pun saya ada dalam bilik guru itu.. hehehe.. lucu pulak rasanya menjadi halimunan sekejap.
Kemudian, setelah bosan dalam bilik guru saya pun curi-curi melihat pelajar-pelajar tersebut belajar. Mereka sedang membuat latih-tubi dan saya masuk dan merakamkan gambar mereka.
Keadaan sekolah kurang murid (SKM) ini memang agak daif dari prasarana. Banyak kekurangannya. Malah guru pun tidak mencukupi. Sebab itulah adik saya sempat menjadi guru sandaran di sini. Menurut adik saya, guru yang ada termasuk Guru Besar di sini lebih kurang 10 orang sahaja. Malah, Kawan saya yang pernah menjadi guru sandaran di SMK Pusa iaitu Cikgu Ridzuan Abg Abai pun sudah menjadi guru di sini. Dia ditawarkan KDC. Seorang lagi guru yang pernah mengajar sebagai guru sandaran di SMK Pusa iaitu Cikgu Marilyn Aji juga telah menjadi guru tetap di sini. Saya sangat-sangat kagum dengan kecekalan mereka menghadapi sekolah ini yang begitu serba kekurangan.
Apabila melihat kanak-kanak ini begitu tekun belajar, saya terfikir tentang pelajar yang sebaya dengan mereka yang hidup di Bandar. Segala-galanya lengkap berbeza dengan mereka di sini.. Adakah mereka sudah bersedia menghadapi dunia luar yang penuh cabaran? Semuanya membuatkan saya terdiam...
Pukul 3 petang, sesi pembelajaran mereka berakhir. Saya dan adik saya bersedia untuk pulang dan cuaca bagaikan hendak hujan dan panasnya agak terik juga. Kanak-kanak ini begitu gembira mengiringi kami balik. Sebelum balik, kami sempat bergambar. Mereka sangat suka bergambar.
Kemudian, adik saya memberi mereka bendera Malaysia yang kecil sehinggakan mereka begitu gembira dan berebut-rebut untuk mendapatkan bendera itu.
Walaupun malu, apabila diajak bergambar mereka terus mahu. Saya tahu kini kenapa guru-guru di sini suka tempat ini walaupun jauh, saya rasa guru-guru di sini selalu diraikan oleh pelajar-pelajar mereka dengan senyuman dan gelak-tawa. Pada saya, kanak-kanak ini yang mempunyai 'aura' membuatkan guru-guru mereka sayang pada mereka.
Apabila ditanya samada mereka gembira atau tidak belajar, semua mereka menjawab.. "Gembira!" Malah mereka tidak sabar-sabar menunggu kehadiran guru yang lain juga esok..
Walaupun sakit kaki, masih sempat mengambil gambar hehehe.. Masa ini saya betul-betul rasa tak mahu balik apabila teringatkan jalan yang berbukit-bukit itu...
Inilah jeram yang suatu ketika dahulu merupakan jalan pengangkutan utama penduduk sekitar kawasan, namun setelah ada jalanraya (Walaupun belum sempurna) sungai ini tidak lagi dijadikan jalan utama.
Jambatan gantung yang bergoyang apabila dilalui.. Gayat juga rasanya... Tetapi seronok juga merasai pelbagai emosi semasa datang ke sini...
Inilah antara bukit yang terpaksa kami lalui, saya percaya juga ada lagi tempat yang lebih mencabar berbanding apa yang saya lalui.. sebab itu saya katakan ini merupakan 1 daripada 1001 kisah dunia pendidik di Malaysia, bezanya jarang orang ingin berkongsi pengalaman itu.. Kalau ada yang mempunyai pengalaman yang betul-betul kaw cabarannya emailkan pada saya okay... nanti bolehlah kongsi dalam blog ni. Add.email saya: qkx7254@hotmail.com jangan lupa ya...
Beberapa kali saya terpaksa berhenti untuk menahan kesakitan kaki dan juga penat. Adik saya nampak sudah biasa dan berjalan lebih pantas dari saya.
Di bukit inilah saya jatuh tergolek-golek macam buah nangka.. nasib baik anggota badan saya tak tercabut dalam adegan ini.. dan yang nasib baiknya, tiada siapa yang melihat aksi memalukan ini hehehe... Dan akhirnya, kami sampai di jalan besar.. namun saya tahu.. halangan masih banyak lagi di depan... Namun, saya mendapat satu kesedaran apabila melihat keadaan di sini iaitu segala-galanya begitu mudah untuk saya di SMK Pusa, saya tak perlu melalui keadaan yang adik saya lalui. Saya tak perlu berjalan jauh untuk sampai ke sekolah dan yang paling menyedarkan saya adalah.. Hidup ini harus bersedia menghadapi cabaran dan sekali-sekala kita perlu dicabar agar kita maju setapak kehadapan... Buat semua warga SK St. Mark, Betong.. saya begitu kagum dengan pengorbanan anda semua.. teruskan mendidik anak bangsa agar menjadi insan yang berguna!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin