Saturday, December 29, 2012

Xmas :)

Xmas datang lagi..
 
Terasa begitu cepat masa berlalu.. atau aku kah yang mensia-siakan hari berlalu pergi..? Beberapa hari lagi 2012 akan berakhir.. bagaikan baru semalam aku menyaksikan pertukaran masa, dan kini ia akan memasuki fasa baru..tahun baru...
 
Xmas yang lepas.. merupakan hari yang paling mengembirakan buat aku.. hampir semua ahli keluarga berkumpul setelah masing-masing menjalani kehidupan sendiri. Xmas ini adalah yang paling bermakna buat aku.. pasti! Mungkin cara kami berbeza tetapi inilah kami.. bergembira dengan cara tersendiri. Terima kasih kerana menerima diri kami seadanya.. Aku sungguh bahagia dengan hidup ini, dan aku bersyukur atas segala-galanya..
Seperti tahun-tahun sebelum ini, kami akan berkumpul untuk acara membuka hadiah. Biarpun hadiah itu tidaklah begitu mahal (malah murah je..) tetapi ia adalah sekadar suka-suka sahaja... yang penting setiap orang gembira.

Xmas.. hari yang pasti aku tunggu.. :)

Sunday, January 1, 2012

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin