Sunday, October 26, 2008

Happy Birthday to Juju..

Semalam (25 Okt 2008) setelah balik dari sekolah, saya terus merancang dengan adik saya untuk membuat sambutan harijadi Juju (Adik saya yang paling bongsu). Sepatutnya harijadi Juju adalah hari ini (26 Okt 2008) tetapi disebabkan abang saya hari ini tidak ada maka terpaksalah diawalkan sehari. Kami bercadang buat secara kecil-kecilan sahaja memandangkan ini hanyalah ulang tahun ke-7 dia.. Semasa ingin membeli kek berlaku sedikit perselisihan pendapat kerana Juju ingin membeli kek yang ada patung mainan di atas kek, tetapi disebabkan kek itu adalah kek icing maka saya tak bersetuju, saya suruh dia pilih kek yang diperbuat daripada 'fresh cream' tetapi disebabkan tiada patung dia tak mahu.. akhirnya kami balik dengan membeli dua biji kek dan ekstra satu lagi yang kecil.. (Moral daripada kejadian ini, lain kali saya tak mahu membawa Juju untuk memilih kek untuk tahun hadapan hehehe..)
Selamat Hari jadi Juveena Anova @ Juju.. kadang-kala kami memanggilnya Boji, Joebejot, Moi moi, Poi poi.. tetapi dalam kelas dia dikenali sebagai Innova oleh rakan sekelasnya.
Adik saya ni seorang yang sangat nakal walaupun masih darjah 1.. hobinya adalah menyelerakkan dan menghuru-harakan rumah dengan membuang semua lukisannya di merata-rata tempat..
Kawan dia pernah beritahu dia bahawa jika dinding rumah tidak diconteng maka 'hantu' akan suka masuk rumah maka setelah dia balik dari sekolah mulalah dia menjalankan operasi menconteng dinding sehingga kami terpaksa mengecat dinding berkali-kali gara-gara pemikiran kanak-kanak yang terpengaruh dengan cerita hantu..
Kadang-kala rimas juga melayan kerenah kanak-kanak ribena ini.. banyak persoalan yang tak masuk akal..
Namun, disebabkan dia juga rumah menjadi ceria gara-gara menonton cerita indon setiap masa..
Luv you Juju..

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin