Saturday, May 21, 2011

Cerita pendek Hari Guru- Maafkan saya Cikgu..

Sempena Hari Guru yang lepas, saya cuba menghasilkan sesuatu kelainan dan sesuatu yang bererti untuk tatapan pelajar dan khas buat semua rakan-rakan guru di SMK Pusa. Masa tu terlintas difikiran saya untuk menghasilkan cerita pendek (lebih kurang macam video klip lah haha..), semuanya gara-gara 'terjatuh hati' pada video klip dan lagu nyanyian Hafiz AF7 - Awan Nano..
Dengan ke'amaturan' dan tidak pernah menghasilkan video sebelum ni.. saya main hentam je.. nasib baik kawan saya, Ustazah Jurina binti Manaf dan pengetua, Dr. Hajjah Norisah bersetuju menjadi 'pelakon' hehehe.. risau jugak takut apa yang saya cuba buat ni tak menjadi.. Terima kasih Cikgu Jurina dan Dr. Norisah... :) Saya juga bernasib baik kerana pelajar saya dari kelas 5 Sains 1 bersetuju membantu saya menjayakan cerita pendek ini.. mereka langsung tidak mempersoalkan apa yang cuba saya hasilkan, malah memberikan kerjasama dari mula sehinggalah cerita tersebut terhasil..
Cikgu Jurina dan Dr. Hajjah Norisah
Saya akui pelajar SMK Pusa sememangnya berbakat di dalam bidang lakonan.. Terima kasih buat Abdul Raid bin Mat Jeni, Mohd. Nur'Akmal dan Mohd. Fadreex kerana lakonan merekalah menyebabkan cerita pendek ini menjadi.. Raid sanggup berlari dalam hujan semata-mata untuk menjayakan cerita ini..





Saksikan sendiri ya.. selamat menonton.. :)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin