Tuesday, September 3, 2013

Ogy, Azura, panggung wayang.. tinggal kenangan..

 
 
"Azurrraaa...!"
 
Ramai yang tak percaya kalau saya katakan di Betong sekitar tahun 1984-1985 wujud panggung wayang di bawah Hotel Loxing (Kini dah jadi Everise). Saya pernah menonton dua cerita yang sampai sekarang masih saya ingat hihi.. salah satunya Filem Azura lakonan Ogy Ahmad Daud dan satu lagi cerita cina (Filem Hongkong) tentang hal seorang cikgu dan murid2nya... padahal masa tu saya tak tahu berbahasa Mandrin, ataupun membaca subtitle (rasanya belum boleh membaca dengan lancar) sbb masa tu saya berumur lebih kurang 5 tahun sahaja.. tapi saya tengok cerita tu dengan ibu dan ayah sayalah... hihi... macamana saya faham cerita tu? Ala.. tengok pergerakan mereka dan reka dialog sendiri.. hentamlah labu... hahaha...
 
 
Masa menonton cerita Azura tu ada rasa pelik juga tengok sebab ada adegan bersifat dewasa tapi tak kertelaluan.. masa tu tak faham apa yang nak disampaikan dalam filem tu yang pasti seronok tengok lakonan 'kaku' Jamal Abdillah.. memang sangat2 kaku.. entahlah bagaimana dia boleh jadi hero... hihi.. nasib baik Ogy menyelamatkan keadaan, dia sungguh hebat sebagai seorang pelakon!
 
 
Salah satu babak yang lucu adalah semasa Jamal mengorat si Ogy kat kedai makan makciknya yang mata duitan lakonan Yusni Jaafar- mmg kelakar sangat2! yang kelakarnya lakonan Yusni Jaafar lahh.. lakonan si Jamal mmg out.. hehe... terutama adegan Jamal datang ke sekolah tempat Ogy belajar.. cara Jamal melafazkan dialog memang kaku sangat2 dan lucu hihi...
 
Bila teringat kembali tahun 80an, mmg banyak yg lucu.. tapi tak banyak yg saya ingat... tapi ingatan tentang panggung wayang dan Filem Azura memang masih segar diingatanku... kadang-kala kita inginkan sesuatu itu kekal tidak berubah, tetapi ia tidak seperti kehendak kita.. setiap benda pasti berubah.. begitu juga manusia, kadang-kala orang sekeliling kita mahu kita kekal seperti dulu, dan bila kita berubah kita disalah anggap kerana perubahan itu..
 
dan... kadang kala ada yang tidak dapat berubah dan kita hendak sangat2 ia berubah....
 
akhirnya, kita yang berubah disebabkan kita tidak dapat mengubah dirinya...
 
Aku?
 
Masih seperti dulu cuma makin tinggi dan semakin kurus.. :) 

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin