Bersama Cikgu Edrin Faisal.
Sempena hari raya yang lepas, sekolah SMK Pusa mengadakan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri dari kelas ke kelas. Ini merupakan hari raya yang terbaik pernah saya alami semenjak 1997. Kalau masa sekolah dulu, saya selalu menziarah rumah rakan-rakan yang beragama Islam untuk bersama-sama mereka berhari raya. Namun, setelah itu saya jarang berpeluang berbuat demikian kerana rasa segan pula.. dah besarlah katakan hehehe.. Apabila sekolah SMK Pusa membuat Majlis seumpama ini, saya tidak ketinggalan bergembira walaupun ia berbeza dari dulu. Ini adalah sebahagian kenangan bersama rakan sekerja dan pelajar-pelajar saya..



Maaf zahir dan batin..
2 comments:
Seronok kan jadi cikgu. Terry, pada saya, cikgu adalah insan yang banyak berkorban demi orang lain. Bagi saya, cikgu still kerjaya yang paling mengagumkan dan kerjaya yang paling saya hormati... Saya dapat rasakan susahnya nak membentuk pelajar dan ianya takkan berjaya tanpa pengorbanan yang bersungguh2...
Hi kamil, memang jadi cikgu menyeronokkan walaupun ada masanya ada hari-hari yang susah juga.. :)Tapi, yang paling best jadi cikgu.. sik lamak gik cuti hehehe.. Sekolah kmk cuti mulai 14hb Nov - 4 Januari 2009!
Post a Comment