


Ingatkan dah berakhir segala kesengsaraan.. saya tak dapat bayangkan bagaimana guru-guru yang mengajar di sini dapat bertahan.. setiap hari.. kalau saya mungkin sudah berputus asa.. Adik saya kata dah sampai. Saya tanya balik, "Dah sampai?" Dalam hati saya, mana sekolahnya? Alamak.. untuk sampai ke sekolah tersebut, kena jalan 30 minit lagi. Jam dah pukul 7.30 pagi.. sempat ke sampai? Adik saya cuma tersenyum.





Saya mula merayau-rayau di sekitar kawasan sekolah. PPM dan tukang masak sekolah nampaknya sedang sibuk dengan tugas mereka, maka saya tak nak mengganggu kerja mereka jadi saya pun masuk semula ke bilik guru. Adik saya mula mengajar. Sunyi... terasa begitu damai sehingga saya lupa kepenatan untuk sampai ke sini.
Jam 12 tengahari mereka berhenti rehat untuk makan tengahari. Kemudian, budak-budak tersebut mengajak adik saya untuk mandi di jeram yang tidak begitu jauh dari sekolah. Kelihatan mereka malu-malu apabila melihat saya.. tetapi ada juga yang berani dan bertanya banyak soalan. Terdapat 10 orang sahaja pelajar tahun 6 di sini dan mereka akan menduduki UPSR seminggu selepas cuti berakhir.. dan keciannya mereka terpaksa belajar sewaktu orang lain bercuti. Terdetik juga di dalam hati saya apabila melihat mereka, masih terlalu muda untuk hidup berdikari. Namun, mereka suka belajar.. saya berharap agar mereka akan terus belajar sehingga masuk Universiti.
Kanak-kanak ini semuanya pandai berenang. Mereka langsung tidak takut terjun ke dalam sungai dan bermain. Alangkah seronoknya menjadi seperti mereka. Bermain, belajar dan menikmati hidup penuh dengan kegembiraan.
Walaupun mereka rata-rata pemalu, tetapi apabila melihat kamera digital lantas mereka mula merapati saya. Ada yang masih malu-malu tetapi apabila diminta bergambar, mereka tetap sudi.
Sesi kedua bermula pukul 1:30 petang, mereka terus menukar pakaian dan bersiap. Saya di bilik guru sedang kesakitan. Kaki saya mula rasa kejang dan lebam. Namun selera makan saya tetap bagus, apalagi saya makan bekal yang disediakan pagi tadi sehinggalah iba-tiba PPM (Pembantu Pengurusan Murid.. kalau tak salah saya) Puan Liza dan Cik January datang. Saya terus berhenti makan. Namun mereka tidak ambil peduli pun, Liza dan January terus berbual, begitu rancak sekali sehingga saya rasa mereka tak menyedari pun saya ada dalam bilik guru itu.. hehehe.. lucu pulak rasanya menjadi halimunan sekejap.
Kemudian, setelah bosan dalam bilik guru saya pun curi-curi melihat pelajar-pelajar tersebut belajar. Mereka sedang membuat latih-tubi dan saya masuk dan merakamkan gambar mereka.
Keadaan sekolah kurang murid (SKM) ini memang agak daif dari prasarana. Banyak kekurangannya. Malah guru pun tidak mencukupi. Sebab itulah adik saya sempat menjadi guru sandaran di sini. Menurut adik saya, guru yang ada termasuk Guru Besar di sini lebih kurang 10 orang sahaja. Malah, Kawan saya yang pernah menjadi guru sandaran di SMK Pusa iaitu Cikgu Ridzuan Abg Abai pun sudah menjadi guru di sini. Dia ditawarkan KDC. Seorang lagi guru yang pernah mengajar sebagai guru sandaran di SMK Pusa iaitu Cikgu Marilyn Aji juga telah menjadi guru tetap di sini. Saya sangat-sangat kagum dengan kecekalan mereka menghadapi sekolah ini yang begitu serba kekurangan.
Apabila melihat kanak-kanak ini begitu tekun belajar, saya terfikir tentang pelajar yang sebaya dengan mereka yang hidup di Bandar. Segala-galanya lengkap berbeza dengan mereka di sini.. Adakah mereka sudah bersedia menghadapi dunia luar yang penuh cabaran? Semuanya membuatkan saya terdiam...
Pukul 3 petang, sesi pembelajaran mereka berakhir. Saya dan adik saya bersedia untuk pulang dan cuaca bagaikan hendak hujan dan panasnya agak terik juga. Kanak-kanak ini begitu gembira mengiringi kami balik. Sebelum balik, kami sempat bergambar. Mereka sangat suka bergambar.
Kemudian, adik saya memberi mereka bendera Malaysia yang kecil sehinggakan mereka begitu gembira dan berebut-rebut untuk mendapatkan bendera itu.
Walaupun malu, apabila diajak bergambar mereka terus mahu. Saya tahu kini kenapa guru-guru di sini suka tempat ini walaupun jauh, saya rasa guru-guru di sini selalu diraikan oleh pelajar-pelajar mereka dengan senyuman dan gelak-tawa. Pada saya, kanak-kanak ini yang mempunyai 'aura' membuatkan guru-guru mereka sayang pada mereka.
Apabila ditanya samada mereka gembira atau tidak belajar, semua mereka menjawab.. "Gembira!" Malah mereka tidak sabar-sabar menunggu kehadiran guru yang lain juga esok..
Walaupun sakit kaki, masih sempat mengambil gambar hehehe.. Masa ini saya betul-betul rasa tak mahu balik apabila teringatkan jalan yang berbukit-bukit itu...
Inilah jeram yang suatu ketika dahulu merupakan jalan pengangkutan utama penduduk sekitar kawasan, namun setelah ada jalanraya (Walaupun belum sempurna) sungai ini tidak lagi dijadikan jalan utama.
Jambatan gantung yang bergoyang apabila dilalui.. Gayat juga rasanya... Tetapi seronok juga merasai pelbagai emosi semasa datang ke sini...
Inilah antara bukit yang terpaksa kami lalui, saya percaya juga ada lagi tempat yang lebih mencabar berbanding apa yang saya lalui.. sebab itu saya katakan ini merupakan 1 daripada 1001 kisah dunia pendidik di Malaysia, bezanya jarang orang ingin berkongsi pengalaman itu.. Kalau ada yang mempunyai pengalaman yang betul-betul kaw cabarannya emailkan pada saya okay... nanti bolehlah kongsi dalam blog ni. Add.email saya: qkx7254@hotmail.com jangan lupa ya...
Beberapa kali saya terpaksa berhenti untuk menahan kesakitan kaki dan juga penat. Adik saya nampak sudah biasa dan berjalan lebih pantas dari saya.
Di bukit inilah saya jatuh tergolek-golek macam buah nangka.. nasib baik anggota badan saya tak tercabut dalam adegan ini.. dan yang nasib baiknya, tiada siapa yang melihat aksi memalukan ini hehehe... Dan akhirnya, kami sampai di jalan besar.. namun saya tahu.. halangan masih banyak lagi di depan... Namun, saya mendapat satu kesedaran apabila melihat keadaan di sini iaitu segala-galanya begitu mudah untuk saya di SMK Pusa, saya tak perlu melalui keadaan yang adik saya lalui. Saya tak perlu berjalan jauh untuk sampai ke sekolah dan yang paling menyedarkan saya adalah.. Hidup ini harus bersedia menghadapi cabaran dan sekali-sekala kita perlu dicabar agar kita maju setapak kehadapan... Buat semua warga SK St. Mark, Betong.. saya begitu kagum dengan pengorbanan anda semua.. teruskan mendidik anak bangsa agar menjadi insan yang berguna!

















7 comments:
Jauh, tapi cantik pemandangan...Terry, nanti kalo ada kesempatan, kalo saya balik, saya nak ge kat skolah nie :) Cantik, sungai pun jernih...
Semasa saya membaca paparan blog ini saya sedang mendengar lagu sepi nyayian yuni shara.
Wah...memang mencabar perjalanan dan kehidupan di sana.
Saya yakin pelajar-pelajar di sana akan lebih menghargai diri mereka sendiri apabila suatu hari nanti mereka berjaya melangkahkan kaki ke menara gading.
Mereka juga akan mengatakan pada mereka sendiri semasa menghadapi keadaan yang genting dalam hidup.."hey..aku pernah hidup dalam keadaan lebih sukar dari ini!"...
Teruskan usaha! Memang wajar guru dapat elaun sara hidup kat situ..Cikgu Wed bila nak spon pizzzaa...
Kamil, boleh.. memang cantik tempat tu tapi agak 'jauh' dan menakutkan perjalanan ke sana.. tapi mungkin jalanraya yang sedang dibaiki tu akan siap tak lama lagi.. kalau jalanraya itu terus dapat sampai ke sekolah tu lagi best.. hehehe... mungkin suatu hari nanti kalau kita buat roadshow motivasi boleh lah Kamil bagi ceramah.. kan bagus? hehehe.. impian saja.. mana tau kan...
Bujang Astana a.k.a Wynn..
Hahaha... cikgu Wed akan belanja nanti tu... sabar..
Boleh, takde masalah..kita buat program kat sekolah tue :) saya pun suka tengok suasana hijau nie...best sangat kalo dapat mandi sungai n camping kat situ... :)
Salah satu entry yang menyentuh hati saya. Bayangkan pengorbanan seorang guru senior yang sanggup jatuh bergolek demi menemani adiknya yang bakal menjadi guru (walaupun guru sandaran)berjalan berbatu-batu jauhnya dengan satu tujuan. Untuk mencurah bakti dan ilmu buat anak-anak tempatan yang tinggal jauh terperusuk di tengah hutan. Sesuatu yang menarik untuk diceritakan pada zaman serba moden di mana sesungguhnya masih terdapat sekolah yang lokasinya di tempat sedemikian.
Cikgu Bio @ Chip!
Keep up the good works. Gaga maioh ke agi jerita ke manah2 bakatu ngambi ke ulih dibacha bala bukai, au?
Thanks Cokelat..
Lama amat nda update blog tok dat y nda sedar comment ti diberi nuan hehehe..
Nya lah.. ngarap ka bala cikgu ti ngajar menua pendalaman pan nulis jerita pasal sekula sida laban maioh urg nda tentu nemu pasal sekula pendalaman..lalu bakani penusah sida.. nda pia.. aku semina ngasai ka semina sari aje, nya pan nda nakal.. hehehe..
Thanks Cokelat!
Post a Comment