Monday, September 9, 2013

Reminding myself..


 "Mengapa kamu begitu sempurna?"
 
"Kamu tiada masalah ke?"
 
"Kamu lain... kamu sempurna, saya..."
 
"Saya ingin menjadi seperti kamu.. sempurna segala-galanya!"
 
"Setiap kali saya melihat cermin, saya hanya melihat kekurangan diri saya... tetapi bila melihat kamu, saya melihat kamu begitu sempurna.."
 
Persoalannya kini: "Perlukah anda menjadi sempurna?" atau "Pentingkah kamu kelihatan sempurna?" atau "Adakah anda menunggu untuk menjadi sempurna barulah kamu rasa bahagia selama-lamanya?"
 
Jika itu yang kamu mahu.. kamu tidak akan menjumpai kesempurnaan yang kamu cari melainkan kamu adalah......
 
Tiada sesiapa pun manusia dalam dunia ini sempurna, walaupun kamu berhadapan dengan seseorang yang begitu kamu kagumi, percayalah dia juga seperti kamu.. mencari kebahagiaan untuk menutupi kekurangan dan ketidaksempurnaannya biarpun dia mempunyai wang berjuta di bank!
 
Saya? sempurna?
 
Jika sebelum ini setiap hari saya melihat cermin dan menatapi ketidaksempurnaan saya.. maka setiap harilah saya mempersoalkan seperti yang anda alami.. mengapa itu.. mengapa ini.. kenapa saya.. dan bla bla bla bla....
 
Saya adalah diri saya, biar apa orang ingin kata, mereka bukan saya dan saya bukan mereka.. saya harus menghormati diri saya maka orang lain akan menghormati diri kita. Jika kita sendiri memandang rendah kemampuan dan ketidaksempurnaan kita, percayalah orang lain akan lebih memandang rendah diri kita.. maka ingatkan diri kita setiap hari.. tidak mengapa jika kita tidak sempurna.. yang penting hormati diri kita dulu, maka begitulah yang akan kita terima...
 
Untuk diri saya sendiri...
 
"It's okay not to be perfect.."

Tuesday, September 3, 2013

Ogy, Azura, panggung wayang.. tinggal kenangan..

 
 
"Azurrraaa...!"
 
Ramai yang tak percaya kalau saya katakan di Betong sekitar tahun 1984-1985 wujud panggung wayang di bawah Hotel Loxing (Kini dah jadi Everise). Saya pernah menonton dua cerita yang sampai sekarang masih saya ingat hihi.. salah satunya Filem Azura lakonan Ogy Ahmad Daud dan satu lagi cerita cina (Filem Hongkong) tentang hal seorang cikgu dan murid2nya... padahal masa tu saya tak tahu berbahasa Mandrin, ataupun membaca subtitle (rasanya belum boleh membaca dengan lancar) sbb masa tu saya berumur lebih kurang 5 tahun sahaja.. tapi saya tengok cerita tu dengan ibu dan ayah sayalah... hihi... macamana saya faham cerita tu? Ala.. tengok pergerakan mereka dan reka dialog sendiri.. hentamlah labu... hahaha...
 
 
Masa menonton cerita Azura tu ada rasa pelik juga tengok sebab ada adegan bersifat dewasa tapi tak kertelaluan.. masa tu tak faham apa yang nak disampaikan dalam filem tu yang pasti seronok tengok lakonan 'kaku' Jamal Abdillah.. memang sangat2 kaku.. entahlah bagaimana dia boleh jadi hero... hihi.. nasib baik Ogy menyelamatkan keadaan, dia sungguh hebat sebagai seorang pelakon!
 
 
Salah satu babak yang lucu adalah semasa Jamal mengorat si Ogy kat kedai makan makciknya yang mata duitan lakonan Yusni Jaafar- mmg kelakar sangat2! yang kelakarnya lakonan Yusni Jaafar lahh.. lakonan si Jamal mmg out.. hehe... terutama adegan Jamal datang ke sekolah tempat Ogy belajar.. cara Jamal melafazkan dialog memang kaku sangat2 dan lucu hihi...
 
Bila teringat kembali tahun 80an, mmg banyak yg lucu.. tapi tak banyak yg saya ingat... tapi ingatan tentang panggung wayang dan Filem Azura memang masih segar diingatanku... kadang-kala kita inginkan sesuatu itu kekal tidak berubah, tetapi ia tidak seperti kehendak kita.. setiap benda pasti berubah.. begitu juga manusia, kadang-kala orang sekeliling kita mahu kita kekal seperti dulu, dan bila kita berubah kita disalah anggap kerana perubahan itu..
 
dan... kadang kala ada yang tidak dapat berubah dan kita hendak sangat2 ia berubah....
 
akhirnya, kita yang berubah disebabkan kita tidak dapat mengubah dirinya...
 
Aku?
 
Masih seperti dulu cuma makin tinggi dan semakin kurus.. :) 

Monday, September 2, 2013

Berbudi pada tanah....




"Setiap hari makan labu air.."

Emm.. rasanya ramai yang tak tau maksud kata2 saya kat atas tu... tapi itulah hakikatnya.. setiap hari.. bukan saya merunggut apatah lagi ramai orang di luar sana yang langsung tak ada makanan.. tapi kalau hari-hari makan labu.. maka labu lah jadinya!

Mak kata makan labu bagus... bila saya Tanya bagus macamana? Baguslah jawabnya...

Ayah pun kata makan labu bagus...

l sama seperti jawapan mak ---> BAGUS! l

Oklah.. bagus pun baguslah... aku pun suka sangat makan... sedddddddddapppp! Tak tipu mmg sedap!

Sehinggalah suatu hari kami betul2 dah terlalu bagus makan labu akhirnya labu tak berhenti2 mengeluarkan hasil... banyakkkkkkk sangat2 sampai kanan labu, kiri labu, bawah labu, atas pun labu... terlampau banyak... bukan saja labu air malah labu manis (pumpkin) pun banyak...

Ayah kata, "Kita harus buat sesuatu"

Mak jawab, "Bagi pada jiran tetangga.. saudara mara dll.."

---Set!-----

Ingatkan dah selesai dengan labu, tetapi semua orang pun naik jemu juga... labu lagi!

Ayah kata lagi, "Fikirkan sesuatu, labu-labu ni mesti dihabiskan.."

Labu-labu itu seperti tidak memahami perasaan kami, malah ia terus berbuah, berbuah dan terus berbuah...

"Jual.."

"Siapa yg mahu menjualnya? Ibu? Ayah? Saya? Oh tidak...

Ayah tanya penjual sayur-sayuran di Tamu, semuanya tak mahu... ayah tidak berputus asa.. akhirnya sebuah kedai runcit sedia menjual labu tersebut dengan komisyen 20sen sahaja bagi setiap biji labu..

1 masalah selesai...

Ibu mencadangkan agar labu tersebut dijual dengan harga yg murah sahaja memandangkan harga sayur disini yang kadang-kala melampaui batas fikiran.. dipendekkan cerita, kebanyakkan labu tersebut dijual serendah harga RM1.20 sahaja.

.........................................................keesokkan harinya..

Semua labu-labu itu habis dijual.. orang yang paling gembira adalah saya! sebab tidak lagi asyik melihat labu-labu itu dirumah....

Bak kata pepatah.. berbudi pada Tanah...

Sehingga ke hari ini labu-labu itu terus berbuah.. tanpa ada tanda2 ia akan berhenti...

p/s: cerita tersebut terdapat unsur2 ditokok tambah agar bunyi ceritanya lebih menarik tetapi ia adalah kisah benar.. :)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin