Tuesday, September 3, 2013

Ogy, Azura, panggung wayang.. tinggal kenangan..

 
 
"Azurrraaa...!"
 
Ramai yang tak percaya kalau saya katakan di Betong sekitar tahun 1984-1985 wujud panggung wayang di bawah Hotel Loxing (Kini dah jadi Everise). Saya pernah menonton dua cerita yang sampai sekarang masih saya ingat hihi.. salah satunya Filem Azura lakonan Ogy Ahmad Daud dan satu lagi cerita cina (Filem Hongkong) tentang hal seorang cikgu dan murid2nya... padahal masa tu saya tak tahu berbahasa Mandrin, ataupun membaca subtitle (rasanya belum boleh membaca dengan lancar) sbb masa tu saya berumur lebih kurang 5 tahun sahaja.. tapi saya tengok cerita tu dengan ibu dan ayah sayalah... hihi... macamana saya faham cerita tu? Ala.. tengok pergerakan mereka dan reka dialog sendiri.. hentamlah labu... hahaha...
 
 
Masa menonton cerita Azura tu ada rasa pelik juga tengok sebab ada adegan bersifat dewasa tapi tak kertelaluan.. masa tu tak faham apa yang nak disampaikan dalam filem tu yang pasti seronok tengok lakonan 'kaku' Jamal Abdillah.. memang sangat2 kaku.. entahlah bagaimana dia boleh jadi hero... hihi.. nasib baik Ogy menyelamatkan keadaan, dia sungguh hebat sebagai seorang pelakon!
 
 
Salah satu babak yang lucu adalah semasa Jamal mengorat si Ogy kat kedai makan makciknya yang mata duitan lakonan Yusni Jaafar- mmg kelakar sangat2! yang kelakarnya lakonan Yusni Jaafar lahh.. lakonan si Jamal mmg out.. hehe... terutama adegan Jamal datang ke sekolah tempat Ogy belajar.. cara Jamal melafazkan dialog memang kaku sangat2 dan lucu hihi...
 
Bila teringat kembali tahun 80an, mmg banyak yg lucu.. tapi tak banyak yg saya ingat... tapi ingatan tentang panggung wayang dan Filem Azura memang masih segar diingatanku... kadang-kala kita inginkan sesuatu itu kekal tidak berubah, tetapi ia tidak seperti kehendak kita.. setiap benda pasti berubah.. begitu juga manusia, kadang-kala orang sekeliling kita mahu kita kekal seperti dulu, dan bila kita berubah kita disalah anggap kerana perubahan itu..
 
dan... kadang kala ada yang tidak dapat berubah dan kita hendak sangat2 ia berubah....
 
akhirnya, kita yang berubah disebabkan kita tidak dapat mengubah dirinya...
 
Aku?
 
Masih seperti dulu cuma makin tinggi dan semakin kurus.. :) 

Monday, September 2, 2013

Berbudi pada tanah....




"Setiap hari makan labu air.."

Emm.. rasanya ramai yang tak tau maksud kata2 saya kat atas tu... tapi itulah hakikatnya.. setiap hari.. bukan saya merunggut apatah lagi ramai orang di luar sana yang langsung tak ada makanan.. tapi kalau hari-hari makan labu.. maka labu lah jadinya!

Mak kata makan labu bagus... bila saya Tanya bagus macamana? Baguslah jawabnya...

Ayah pun kata makan labu bagus...

l sama seperti jawapan mak ---> BAGUS! l

Oklah.. bagus pun baguslah... aku pun suka sangat makan... sedddddddddapppp! Tak tipu mmg sedap!

Sehinggalah suatu hari kami betul2 dah terlalu bagus makan labu akhirnya labu tak berhenti2 mengeluarkan hasil... banyakkkkkkk sangat2 sampai kanan labu, kiri labu, bawah labu, atas pun labu... terlampau banyak... bukan saja labu air malah labu manis (pumpkin) pun banyak...

Ayah kata, "Kita harus buat sesuatu"

Mak jawab, "Bagi pada jiran tetangga.. saudara mara dll.."

---Set!-----

Ingatkan dah selesai dengan labu, tetapi semua orang pun naik jemu juga... labu lagi!

Ayah kata lagi, "Fikirkan sesuatu, labu-labu ni mesti dihabiskan.."

Labu-labu itu seperti tidak memahami perasaan kami, malah ia terus berbuah, berbuah dan terus berbuah...

"Jual.."

"Siapa yg mahu menjualnya? Ibu? Ayah? Saya? Oh tidak...

Ayah tanya penjual sayur-sayuran di Tamu, semuanya tak mahu... ayah tidak berputus asa.. akhirnya sebuah kedai runcit sedia menjual labu tersebut dengan komisyen 20sen sahaja bagi setiap biji labu..

1 masalah selesai...

Ibu mencadangkan agar labu tersebut dijual dengan harga yg murah sahaja memandangkan harga sayur disini yang kadang-kala melampaui batas fikiran.. dipendekkan cerita, kebanyakkan labu tersebut dijual serendah harga RM1.20 sahaja.

.........................................................keesokkan harinya..

Semua labu-labu itu habis dijual.. orang yang paling gembira adalah saya! sebab tidak lagi asyik melihat labu-labu itu dirumah....

Bak kata pepatah.. berbudi pada Tanah...

Sehingga ke hari ini labu-labu itu terus berbuah.. tanpa ada tanda2 ia akan berhenti...

p/s: cerita tersebut terdapat unsur2 ditokok tambah agar bunyi ceritanya lebih menarik tetapi ia adalah kisah benar.. :)

Persediaan untuk masuk Masterchef Malaysia Musim ke-3

 
Puding Kastad Jagung
 
 
Setelah menjadi penonton rancangan Masterchef yg lalu.. tergerak hati untuk mencuba musim ke-3 nanti, manalah tahu kot-kot boleh menjadi Masterchef huhu... so, saya memulakan misi saya dengan membuat 1 resepi 1 hari.. wah.. bersemangat! Saya mula menyelongkar resepi keluarga yg tersimpan dan tidak pernah disentuh sejak sekian lama.. banyak yang saya temui namun resepi tu terlalu mudah dan tidak sesuai untuk rancangan masterchef.. contohnya macamana memasak telur rebus, masak maggi ayam, air panas dan paling tak dapat diterima pakai cara masak telur goreng ala chef Wan.. dah lah cuma perlukan sebiji telur ayam tapi siap dengan nama Chef Wan pulak tu... bila saya tengok siapa punya resepi rupa-rupanya resepi adik saya yang ketika itu baru darjah 2.. patutlah tulisan pun macam telur ayam je...
 
 
Dipendekkan cerita... minggu lepas seorang kawan saya yang bernama K bukan nama sebenar membawa pudding kastad jagung ke sekolah. Kawan saya ni baru je jadi pengantin baru maka dia rajin memasak kebelakangan ini (memandai2 saya kata mcm ni hihi... kwn saya ni memang selalu masak tau..) maka dapatlah saya merasa pudding kastad jagung dia yg sedap tu..
 
 
Dengan semangat yg berkobar2, saya pun cubalah nak masak juga.. padahal x reti nak masak pun.. tapi bersemangat tau.. teng teng teng... maka akhirnya masak juga pudding kastad jagung ala2 masterchef ku ini.. lalala... sila lah merasa dalam mimpimu :)
 
 
Dari 10, saya bagi 7 je sebab rasanya terlalu sedap! Ok apa.. hehehe...
 
 
Maka, ini lah cerita saya.. persediaan untuk masuk Masterchef Malaysia Musim ke-3 nanti...
 
 
p/s: Rasanya cerita ini langsung tiada kaitan dgn tajuk... 

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin