Monday, September 9, 2013

don't judge a book by its cover...


p/s: hanya menyesuaikan diri dengan keadaan.. :)

Safe & Sound (The Hunger Games: Songs From District 12 An...



Cabaran pantas Masterchef Malaysia.


 
Dalam cabaran pantas kali ini saya telah membuat kek span pantasista ala Italia, resepi nenek moyang saya yang diperturunkan kepada nenek kepada nenek-nenek saya kepada mak saya dan akhirnya saya gunakan dalam sajian pantas kali ini.

Pada mulanya saya menghadapi kesukaran kerana saya tidak dapat menemui ramuan rahsia iaitu butter Golden Churn kerana telah kehabisan stok akhirnya saya guna plan B untuk  menggunakan apa yang ada saja. Mulanya nak guna minyak kelapa sawit tetapi nasib baik saya terjumpa Butter Farm Cow yang enak juga sebagai ganti.

Menurut buku resepi moyang saya yang berusia lebih 150 tahun itu, kek span Pantasista ala Italia itu merupakan kek hidangan kaum diraja di Itali ketika itu. Moyang saya telah menjadi Chef diraja selama lebih 30 tahun sebelum dia berlayar mengelilingi dunia dan akhirnya bertemu kekasih hatinya di Borneo di tepi sungai Sarawak ketika beliau mencari bahan untuk membuat kek span Pantasista ala Italia itu.

Semasa moyang saya menjadi Chef diraja ketika itu, kek span beliau telah diiktiraf sebagai Makanan pencuci mulut paling sedap dan telah berkali-kali menerima anugerah emas diraja seluruh dunia. Menurut cerita, resepi itu telah cuba dicuri tetapi semua cubaan itu gagal. Malah resepi itu telah cuba ditiru dan diubah suai oleh chef-chef yang lain pada ketika itu namun mereka tetap gagal menandingi kesedapan kek span itu.

Pensyair terkenal Itali pada masa itu telah mengubah sebuah syair tentang kesedapan kek span itu ketika beliau membuat persembahan untuk kerabat diraja ketika itu.

Keputusan moyang saya untuk berlayar mengelilingi dunia ketika itu telah menyebabkan seluruh kerabat diraja berduka namun mereka terpaksa melepaskan moyang saya pergi. Resepi rahsia kek span turut dibawa bersama kerana itulah resepi paling bernilai dan tidak boleh dipindah milik kepada orang lain.

Ketika singgah di Borneo, cintanya berputik dan moyang saya mengambil keputusan untuk menetap di Borneo buat selama-lamanya. Perkataan Iban pertama yang dia sebut sewaktu bertemu dengan moyang saya yang berketurunan Iban ialah “Nyamai..”. Walaupun ketika itu beliau langsung tidak tahu maknanya ketika itu. “Nyamai” bermaksud sedap dalam bahasa Iban.

Setelah mereka berkahwin, mereka telah membuat sebuah kedai kek yang bernama ‘DeliZioso’ yang begitu terkenal dengan kek span pantasista ala Italia di Sarawak. Sehingga kini kedai kek itu masih wujud di hati mereka-mereka yang pernah merasai kek span yang tersedap di dunia.

Berbalik kepada ujian pantas itu, akhirnya saya menjuarai ujian pantas sehingga juri-juri menitiskan air mata terharu kerana belum pernah merasai kesedapan kek span resepi rahsia moyang saya.

Kringggggggg….

Alamak! Bermimpi pulak..

Terasa seperti sedang merasai kek span pula.. yummy… J

p/s: Cerita di atas berdasarkan sebuah mimpi sahaja, tiada kaitan dengan sesiapa pun.. malah gambar kek span tu pun saya ambil dari internet.. akhir kata, jangan marah, nanti lekas tua... :) hidup biar gembira!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin