Friday, May 21, 2010

Jualan di Tamu Betong sempena Hari Ibu..

Sempena Hari Ibu yang lalu, kami adik-beradik (saya cuma interframeje.. hehehe..) membuat jualan di Tamu Betong. Ramai juga yang membeli kraf dan juga bunga khas buat ibu mereka yang tersayang. Kebanyakkan pembeli bunga adalah melalui online dan mereka meminta agar bunga tersebut dihantar kepada ibu mereka, memandangkan mereka sedang berada di Universiti.

Adik saya yang beria-ia nak buat jualan ini sebab ingin memberi kelainan pada Hari Ibu dimana bunga segar jarang didapati di Betong. Mereka juga membuat pelbagai kraf yang turut mendapat perhatian pelajar dan remaja. Turut dijual adalah Teddy Bear dan klip rambut.
Ini adalah antara pengunjung yang datang membeli. Takut juga nak ambik gambar mereka takut mereka tak jadi beli hehehe.. so, saya ambil sikit-sikit je.. :)
Tokey kecik ni asyik nak kira untung aje...
Abang dan Kakak Ipar saya turut memberi sokongan moral hehehe...
Kebetulan pada hari tersebut, Betong "Blackout" dari jam 8 pagi hingga petang so saya pun 'turun' padang menyibuk.. hehehe...

Thursday, May 20, 2010

Anak-anak ku yang nakal.. Kelas 5S2

Kelas 5S2

Agak lama juga saya biarkan blog yang satu ni tidak 'terupdate'.. Ini merupakan pelajar kelas 5S2 dan saya 'terpaksa' menjadi guru kelas kanak-kanak 'nakal' lagi manja ni.. hehehe.. Mereka ni penceria hari-hari saya terutama bila keadaan tension. Gambar ni dirakam ketika saya mengambil gambar kelas untuk majalah Tandang Sari. Buat pelajar 5S2.. jangan nakal-nakal!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin